SHAH ALAM: Kesibukan pasukan glamor menjelang Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 menyebabkan pelakon, Fattah Amin, mendapatkan khidmat isterinya, Amira Othman, untuk menyempurnakan solekan bagi penampilannya pada acara itu, malam tadi.

Berseloroh mengenai perkara itu, Fattah berkata, dia lazimnya mendapatkan khidmat profesional bagi menguruskan solekan, dandanan rambut dan pemilihan pakaian setiap kali menghadiri acara rasmi.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berjaya mendapatkan khidmat jurusolek pada saat akhir kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai komitmen dengan artis lain.

"Untuk pengetahuan semua, hari ini sebenarnya saya tak dapat lock jurusolek. Semua sibuk dan sudah ada artis masing-masing.