KUALA LUMPUR: Pendidikan formal menjadi pelaburan penting dalam memperkukuh pengetahuan dan pembangunan kerjaya dalam industri kreatif, meskipun seseorang sudah lama berkecimpung dalam bidang berkenaan.
Pengarah, pelakon dan penerbit, Megat Sharizal Mohamed Yusoff, 48, berkata, keputusan melanjutkan pengajian dalam bidang yang diceburinya ketika ini bertujuan memperdalam ilmu, sekali gus menyediakan dirinya untuk berkongsi pengetahuan dengan generasi akan datang.
Katanya, pengalaman bekerja sahaja tidak mencukupi kerana pendidikan formal dapat melengkapkan pengamal industri dengan pengetahuan lebih tersusun dan mendalam berkaitan bidang masing-masing.
"Dalam masa bekerja ini, saya memerlukan pendidikan rasmi dalam bidang yang sedang saya kerjakan sekarang untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam.








