KUALA LUMPUR: Empat atlet kebangsaan yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) mencuri tumpuan pada hari pertama Varsity Track & Field (VTF) Grand Final 2026 apabila masing-masing berjaya memecahkan rekod kejohanan.

Andre Anura Anuar yang mewakili negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, bangkit daripada kekecewaan di temasya itu apabila mencatat rekod baharu kejohanan dalam acara lompat jauh lelaki dengan lompatan 7.66m.

Begitu juga Sadat Marzuqi Ajisan yang bangkit daripada kekecewaan di Jepun dengan mencatat 63.4m dalam acara tukul besi lelaki untuk memecahkan rekod kejohanan.

Dua lagi atlet UPM yang turut mencipta rekod ialah Nurkhaleesa Yasmin dalam lompat jauh wanita dengan catatan 6.01m dan Kamal Farhan A Rahman dalam lempar cakera lelaki menerusi 50.97m.