SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia merosot ke paras terendah dalam tempoh enam tahun hari ini, susulan kejatuhan terbesar dalam tempoh dua hari dagangan.
Sementara itu, rupiah turut melemah selepas MSCI memberi amaran bahawa Indonesia berisiko disingkirkan daripada indeks globalnya tahun depan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Jakarta untuk menangani kebimbangan penyedia indeks itu.
Indeks penanda aras saham Jakarta jatuh lebih lima peratus pada Isnin selepas menjunam 11.6 peratus pada Jumaat, ketika pasaran saham Indonesia yang mencatatkan prestasi terburuk di dunia itu terjejas susulan kenyataan MSCI bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menukar status Indonesia daripada kategori semasa 'pasaran sedang pesat membangun' kepada status 'pasaran kendiri'.








