PONTIAN – Hampir dua ­minggu selepas kehilangan tiga cucu tersayang dalam kemalangan jalan raya, seorang datuk yang masih dibayangi kerinduan bermimpi melihat mereka bermain seperti biasa di dalam dan luar rumah.

Dalam kejadian menyayat hati pada 8 Oktober lalu, tiga beradik iaitu Nor Daniel Aiman, 18; Nor Daniel Fikri, 11, dan Pu­teri Naufa Raisha, 8, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pukul 7.20 pagi.

Munaji Januri, 73, datuk kepada tiga beradik itu bermimpi bertemu cucu-cucunya seolah-olah mereka masih berada di sisi keluarga.

Lebih memilukan, anak lelaki keempat kepada pasangan Julaiha Munaji dan Norlizan Khamis, Nor Daniel Fitri, 13, turut bermimpi bertemu adik-adiknya yang kelihatan gembira bermain bersama-sama di dalam rumah.