KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora, tampil menjelaskan kontroversi dakwaan layanan dingin terhadap pelakon, Izara Aishah, di belakang pentas Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, dengan menegaskan insiden itu tidak membabitkan pasukannya.
Lesti, 27, berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, kejadian berkenaan membabitkan seorang ahli keluarganya yang hadir untuk memberikan sokongan terhadap persembahannya, sedangkan dia sendiri tidak berada di lokasi ketika insiden berlaku.
Menerusi kenyataan terbuka yang ditujukan kepada Izara di Threads, isteri kepada penyanyi, Rizky Billar, itu turut merakamkan penghargaan kepada pelakon berkenaan kerana menjaga anaknya dengan baik sepanjang konsert berlangsung.








