PETALING JAYA: “Esok saya bersedia untuk menghadapi proses sistem perundangan negara. Saya reda dan menghormati apa juga keputusan dan akan hadir mahkamah.”

Demikian maklum balas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi media selepas ditanya mengenai dakwaan pertuduhan yang akan dihadapinya berkaitan kes mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Katanya, sepertimana yang pernah dinyatakan sebelum ini, perubahan untuk memperbaiki sempadan Malaysia mempunyai harga lebih mahal.

Mohd. Shuhaily kemudian merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sen