MELAKA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim sebak dengan keprihatinan rakyat pelbagai bangsa tampil membantu seorang bayi lelaki yang menghidap leukemia.
Lebih menyentuh hati, hanya sejam selepas kisah Muhammad Fyrraz Haydar Abdul Fattah yang berusia lapan bulan itu dikongsi di media sosialnya, RM55,000 berjaya dikumpul sehingga kutipan terpaksa ditutup.
@mnhelmy SUMBANGAN DITUTUP Alhamdulillah Dalam sejam terkumpul RM44,000.00 TERIMA KASIH MALAYSIA TERIMA KASIH MALAYSIA TERIMA KASIH MALAYSIA Meleleh air mata ini Terima kasih atas ihsan dan sumbangan. _____________________ Onty oncle Fyrraz nak mintak tolong untuk kos pembedahan Air Tulang Sumsum Terima kasih onty oncle semua Semoga kita jumpa di Syurga nanti #MelakaSayangRakyat #DUYONGkita #ybMatDuyong #ceritaduyong #fyp original sound - Mohd. Noor Helmy










