KUALA LUMPUR: Pergerakan penonton menyaksikan aksi Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Air Gulf Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, disifatkan lebih teratur pagi ini berbanding semalam, terutama membabitkan barisan dan khidmat bas pengantara.

Tinjauan di media sosial mendapati pengguna memuji tindakan marshal dan pengawal keselamatan yang memastikan penonton beratur serta menghalang cubaan memotong barisan.

Menurut pengguna Therads, @woshidakache, dia mula beratur jam 7.33 pagi dan situasi di lokasi disifatkannya lebih baik dan rakannya turut memaklumkan keadaan hari ini jauh berbeza berbanding semalam.

@1093.fics pula menulis: "Sejujurnya baguslah, akhirnya orang beratur dengan betul. Pengawal keselamatan marah mereka yang cuba potong barisan."