am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Ibarat sehidup semati. Itulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan pasangan suami isteri yang menemui ajal bersama selepas kereta dinaiki mereka bersama dua anak terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 72.5, Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Felcra Sungai Kanang, Kluang, semalam.

Mislan Osmin, 54, dan isterinya, Nor Azilah A Rahman, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua anak mereka, Fatimah, 21, serta Syahida, 24, masih dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Menurut anak mangsa, Ain Zanariah, 33, arwah bapanya dan ibunya sentiasa bersama sepanjang masa.

"Kemalangan yang meragut nyawa abah dan ibu mengingatkan saya bahawa mereka sentiasa bersama walau ke mana sahaja mereka pergi.