Como: Manchester United terus dirundung krisis apabila dibelasah 1-4 oleh Como dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick.

Dua jaringan Nico Paz mengilhamkan kemenangan bersejarah kelab Itali itu, manakala Tasos Douvikas dan Jacobo Ramon turut mencetak nama sebagai penjaring.

Jaringan lewat Joshua Zirkzee gagal menyelamatkan United daripada kekalahan apabila rekod tanpa kemenangan mereka berlarutan kepada tujuh perlawanan dalam semua pertandingan.

Carrick kini berdepan tekanan hebat selepas United melalui enam perlawanan tanpa kemenangan, dengan tiga seri dan tiga kekalahan, sekali gus mencatat permulaan terburuk kempen liga dalam tempoh 40 tahun.