Sebarang dakwaan berhubung pencabulan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan melalui saluran perundangan bukan menjadikan ia sebagai modal politik.
Key takeaways
Anthony Loke menegaskan isu pencabulan Perlembagaan harus diselesaikan melalui saluran mahkamah, bukan dijadikan modal politik. Kerajaan melaksanakan keputusan berdasarkan nasihat Peguam Negara, dan pihak yang tidak berpuas hati boleh memfailkan semakan kehakiman.
- Anthony Loke berkata kerajaan bertindak berdasarkan nasihat perundangan Jabatan Peguam Negara.
- Pihak yang tidak bersetuju boleh memfailkan semakan kehakiman di mahkamah.
- Sepuluh bekas Exco Negeri Sembilan telah memfailkan semakan kehakiman terhadap pemberhentian mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
SEREMBAN: Sebarang dakwaan berhubung pencabulan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan melalui saluran perundangan bukan menjadikan ia sebagai modal politik.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan melaksanakan sesuatu keputusan berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC) daripada sudut perundangan.
Menurutnya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu pendirian undang-undang boleh memfailkan tindakan di mahkamah bagi mendapatkan semakan kehakiman seperti yang dilakukan oleh 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan.
“Adakah dia mencabar pandangan Peguam Negara? Sebab apa yang dilaksanakan oleh kerajaan mengikut nasihat Peguam Negara. Jadi sudah tentu kerajaan mendengarlah pandangan daripada Peguam Negara