PENANTIAN 68 tahun Speedy Tigers untuk meraih emas hoki lelaki Sukan Asia berterusan apabila skuad kendalian Brendon Carolan tewas 1-5 kepada juara bertahan India pada aksi final Aichi-Nagoya 2026 sebentar tadi.India membuka tirai jaringan menerusi kaptennya, Harmanpreet Singh pada minit ke-11 hasil pukulan sudut penalti, sebelum Shello Silverius menyamakan kedudukan buat Malaysia tiga minit kemudian menerusi gol padang.Jugraj Singh kembali meletakkan India di depan pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti untuk membolehkan India mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.Malaysia kemudian semakin ketinggalan apabila Hardik Singh menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-42, diikuti gol padang Shilanand Lakra pada minit ke-54.Harmanpreet kemudian melengkapkan jaringan keduanya pada minit ke-57 menerusi pukulan sudut penalti untuk mengesahkan kemenangan 5-1 India.Kejayaan itu menyaksikan India mempertahankan emas yang dimenangi di Hangzhou 2022, manakala Malaysia sekali lagi berpuas hati dengan perak selepas turut menjadi naib juara di Guangzhou 2010 dan Jakarta-Palembang 2018.Malaysia yang memburu emas sejak hoki lelaki dipertandingkan pada Sukan Asia 1958 turut terlepas peluang mendapatkan tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menerusi kejayaan di Aichi-Nagoya.Bagaimanapun, laluan ke LA28 masih terbuka melalui kejohanan kelayakan Olimpik FIH.
Speedy Tigers gagal tamat penantian 68 tahun
Story details
- Published
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Misi serampang dua mata Speedy Tigers
- Utusan Malaysia Speedy Tigers akur, terlepas emas dan tiket Olimpik
- Sinar Harian Speedy Tigers gagal tamat penantian 68 tahun (this story)
- Harian Metro Speedy Tigers raih perak, terlepas tiket Olimpik


