SIBU - Dua individu maut selepas kereta Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di Jalan Sibu-Durin di sini petang tadi.Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini memaklumkan kedua-dua mangsa, iaitu Julaihi Raduan, 52, dan Marliza Salleh, 49, ditemukan tersepit serta tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan."Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya tiba di lokasi tujuh minit kemudian."Pasukan bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan menyelamat sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan," menurut kenyataan itu.JBPM Sarawak memaklumkan Mitsubishi Triton pula dinaiki lima individu terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak."Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan ringan manakala seorang lelaki berusia 45 tahun serta tiga kanak-kanak berusia empat, tujuh dan 10 tahun dilaporkan selamat," menurut kenyataan itu. - Bernama
Dua maut tersepit dalam nahas dua kenderaan di Sibu
Story details
- Published
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 2 pelajar maut nahas ke sekolah
- Free Malaysia Today Suami isteri maut nahas di Johor
- Sinar Harian Dua maut tersepit dalam nahas dua kenderaan di Sibu (this story)
- Berita Harian Dua maut tersepit dalam kereta
- Harian Metro Dua maut tersepit dalam kereta selepas kemalangan


