BEIJING: Gempa bumi kuat magnitud 7 melanda wilayah Tibet di barat daya China kira-kira jam 10.33 malam (1433 GMT) Khamis, mengorbankan 16 orang dan mencederakan 32 yang lain.
Agensi berita Xinhua yang memetik Biro Pengurusan Kecemasan Bandar Nagqu melaporkan, setakat jam 2.25 pagi Jumaat, seramai 11 mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius, manakala 21 lagi mengalami kecederaan ringan.
Pihak berkuasa tempatan menemui sekurang-kurangnya dua mangsa cedera di sebuah kampung berhampiran pusat gempa, manakala beberapa rumah di perkampungan paling hampir dengan pusat gempa mengalami keretakan, menurut penyiar kerajaan.
Gempa bumi itu adalah yang paling kuat melanda China sejak Januari 2024. Lebih 300 rumah runtuh dalam gempa bumi yang berlaku pada jam 10.33 malam Khamis (1433 GMT).










