IPU bahaya terus direkodkan di wilayah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Selatan, dan Tengah. (Gambar AFP)ISTANBUL: Indonesia merekodkan 333,470 kes jangkitan saluran pernafasan akut yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
Pengarah Kesihatan Alam Sekitar kementerian itu, Then Suyanti, berkata jumlah kes harian masih tinggi dengan 4,522 kes baharu dilaporkan, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita Antara.
Beliau berkata, bacaan terkini indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan kualiti udara di beberapa kawasan telah mencapai tahap berbahaya, khususnya di enam wilayah iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, dan Kalimantan Tengah.








