SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan notis kepada 10 syarikat berdaftar di Singapura yang menjalankan perniagaan minyak kelapa sawit dan perhutanan.

Ia bagi mendapatkan maklumat mengenai kemungkinan kaitan mereka dengan kebakaran hutan di Indonesia serta pencemaran jerebu rentas sempadan.

Notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 10 Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Singapura (THPA).

Peruntukan itu menghendaki syarikat berkenaan memberikan butiran mengenai konsesi tanah mereka, hubungan korporat serta langkah yang diambil untuk mencegah atau memadam kebakaran sepanjang musim kering.