PUTRAJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bukan sahaja membaca semua surat yang dikirimkan kepada baginda, malah mengumpulkannya untuk diteliti bagi mengetahui sendiri masalah dan pandangan rakyat.Perkara itu didedahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menyifatkan Sultan Sharafuddin sebagai pemerintah yang teliti, kuat membaca dan sentiasa mengikuti perkembangan Selangor, Malaysia serta dunia.Menurutnya, baginda turut meminta pegawai mencetak artikel untuk dibaca, walaupun kini baginda juga mendapatkan maklumat menerusi telefon.Sikap suka membaca itu tidak terhad kepada urusan negeri kerana baginda mengikuti perkembangan kerajaan Persekutuan dan berita antarabangsa, sekali gus memahami isu dari pelbagai sudut."Baginda cerita pasal surat-surat. Sultan Sharafuddin baca semua surat yang ditulis kepada beliau."Baginda kumpulkan (surat), selain itu, baginda banyak membaca artikel mengenai kerajaan negeri, mengenai Malaysia juga serta tahu apa yang berlaku di seluruh dunia," katanya.Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di sini pada Rabu sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor.Tengku Zafrul berkata, ketelitian itu turut terlihat melalui nasihat baginda supaya pemimpin tidak hanya mendengar pandangan yang sehaluan dengan mereka sebelum membuat keputusan."Tuanku selalu nasihati semua orang termasuk saya supaya kita ada kecenderungan tertentu, tetapi kita kena jumpa semua (pihak) supaya kita dapat dengar sendiri," katanya.Baginya, nasihat tersebut menjadi panduan ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), khususnya ketika meneliti pandangan pelbagai pihak dalam penggubalan dasar.Beliau mengakui seseorang pemimpin mungkin mempunyai kecenderungan sendiri, namun prinsip yang ditekankan baginda ialah membuka ruang kepada semua pihak untuk menjelaskan pendirian mereka secara langsung.Sultan Sharafuddin juga, katanya, menekankan keperluan memberikan respons pantas dan penjelasan yang jelas apabila timbul isu melibatkan rakyat.Baginda tidak teragak-agak menegur perkara yang memerlukan perhatian, termasuk kebersihan, pengurusan negeri dan banjir.Menurutnya, kepekaan tersebut mendorong baginda mengikuti bagaimana sesuatu isu dijelaskan kepada masyarakat kerana rakyat juga mahu mengetahui pendirian istana apabila timbul persoalan yang penting.Tengku Zafrul berkata, komunikasi aktif Istana Selangor membolehkan rakyat mengetahui pendirian baginda terhadap isu semasa, termasuk perkara sensitif yang menyentuh kepentingan masyarakat.Baginda turut mengambil iktibar daripada perkembangan institusi diraja di negara lain, termasuk cara institusi tersebut menyesuaikan hubungan dengan masyarakat yang berubah."Ini penting kalau tidak kadang-kadang rakyat tak tahu. Rakyat pun hendak tahu sebenarnya," ujarnya.Menurut Tengku Zafrul, Sultan Sharafuddin tidak melihat isu berdasarkan kepentingan mana-mana parti politik."Tuanku memang sangat n
Sultan Sharafuddin baca semua surat rakyat

Key takeaways
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membaca semua surat yang diterimanya dan mengumpulkan untuk mengetahui pandangan rakyat.
- Sultan Sharafuddin membaca semua surat yang dikirimkan kepadanya.
- Baginda juga mengumpulkan surat untuk diteliti dan memahami isu rakyat.
- Sultan gemar membaca artikel mengenai kerajaan dan berita antarabangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- JUNHAIRI ALYASA,TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pertumbuhan ekonomi mesti dirasai semua rakyat
- Sinar Harian Sultan Sharafuddin baca semua surat rakyat (this story)








