SHAH ALAM - Organisasi media perlu memberi perhatian serius terhadap perlindungan identiti kanak-kanak yang terbabit dalam sesuatu insiden termasuk ketika mengendalikan laporan di platform media sosial masing-masing.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan oleh semua pengamal media demi kepentingan bersama selaras dengan gesaan Majlis Media Malaysia (MMM)."Saya menyokong gesaan MMM ini dan berharap agar rakan-rakan media termasuk mereka yang mengendalikan akaun media sosial organisasi media dapat memberikan perhatian serius serta mempertimbangkan perkara ini demi kepentingan bersama," katanya kepada Sinar Ahad.Terdahulu, MMM menggesa organisasi media supaya melindungi identiti kanak-kanak yang terlibat dalam sesuatu insiden, sama ada sebagai suspek, mangsa atau saksi.Menurutnya, Kod Tatalaku MMM memperuntukkan perlindungan khusus kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan kepentingan mereka hanya boleh diketepikan sekiranya terdapat manfaat awam yang luar biasa.Jelas kenyataan itu, nama, gambar dan lokasi boleh mendedahkan identiti kanak-kanak tidak boleh diterbitkan termasuk maklumat membolehkan identiti mereka dikenal pasti secara tidak langsung seperti umur, kelas, latar belakang keluarga dan akaun media sosial.MMM turut mengingatkan media supaya mengesahkan bahan yang tersebar melalui media sosial dan aplikasi pemesejan sebelum melaporkannya sebagai fakta.
Lindungi identiti kanak-kanak: Gesaan MMM perlu diberi perhatian - Fahmi

Key takeaways
Menteri Komunikasi menyeru media memberi perhatian serius terhadap perlindungan identiti kanak-kanak dalam laporan media sosial.
- MMM menyeru media melindungi identiti kanak-kanak dalam insiden sebagai suspek, mangsa atau saksi.
- Kod Tatalaku MMM melarang penerbitan nama, gambar, lokasi atau maklumat yang boleh mengenal pasti kanak-kanak.
- Media perlu mengesahkan bahan media sosial sebelum melaporkannya sebagai fakta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Usaha lindungi kanak-kanak bermula di rumah – Raja Muda Perlis
- Utusan Malaysia Perlindungan kanak-kanak perlu bermula sebelum tragedi berlaku
- Sinar Harian Lindungi identiti kanak-kanak: Gesaan MMM perlu diberi perhatian - Fahmi (this story)
- Malaysiakini (BM) New York lulus undang-undang lindungi kanak-kanak dari risiko chatbot AI









