Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai penemuan seekor ikan piranha di Empangan Klau pada 26 Ogos lalu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.PETALING JAYA: Tiada ikan piranha ditemukan atau ditangkap sepanjang program mitigasi ikan asing di Empangan Klau di Raub, Pahang yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Perikanan Adnan Hussain berkata keadaan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti bahawa spesies berkenaan tiada di empangan berkenaan.
Katanya, sebelum ini penemuan ikan piranha telah disahkan di kawasan tersebut dan program mitigasi ini adalah antara usaha bagi mengawal populasi ikan asing serta mengurangkan risiko gangguan terhadap spesies ikan tempatan.







