Kuala Lumpur: Atlet lontar peluru para negara, Aliff Mohamad Awi meletakkan sasaran untuk melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28) dengan menjadikan Kejohanan Olahraga Para Dunia di Uzbekistan tahun depan sebagai medan penting untuk menguji kemampuan dirinya.

Bagi Aliff, dia mahu memperbaiki prestasi secara berperingkat dan berharap dapat melayakkan diri ke kejohanan dunia itu terlebih dahulu sebelum meneruskan misi memburu tiket ke LA28.

Katanya, catatan lontaran sekurang-kurangnya 15 meter (m) mampu membuka peluang untuknya melayakkan diri ke temasya berprestij itu, manakala sasaran lebih tinggi diperlukan sekiranya mahu bersaing merebut pingat.

"Kalau LA, kalau pingat semestinya saya kena bersaing sehabis bolehlah. Sekurang-kurangnya 17m baru saya boleh bersaing untuk mendapatkan pingat.