Tidak mempunyai keinginan untuk melangkah ke alam percintaan ketika ini, pelakon Yusuf Bahrin mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni, perniagaan dan keluarga.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin, 34, berkata meskipun terdapat pihak yang cuba mendekatinya secara peribadi, dia memilih untuk 'menjauhi' daripada mereka.

"Yang mendekati saya menjauhi, sebab saya tidak terfikir ke arah itu (bercinta) lagi. Saya tidak mahu mengganggu fokus dengan apa yang saya buat sekarang.

"Sebab apa yang saya buat sekarang ialah teruskan kerjaya saya berlakon, berniaga dan keluarga. Jadi, untuk ke alam percintaan itu, belum lagi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.