Kemaman : Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasek mengambil langkah penting sebagai pemangkin penjagaan alam sekitar apabila menyertai Program Pemuliharaan dan Konservasi Penyu di Resorts World Kijal (RWK), di sini, baru-baru ini.

Inisiatif selama dua hari di bawah platform tanggungjawab sosial korporat (CSR) Genting Bersama Malaysia itu menghimpunkan sukarelawan Genting Green Generation (G3) dan komuniti setempat dalam usaha melindungi khazanah marin Terengganu.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Genting Malaysia Berhad, Spencer Lee, program itu bertujuan membantu generasi muda memahami bahawa usaha pemuliharaan bermula dengan kesedaran sebelum disusuli tindakan.