Menteri Besar Ismail Lasim, berkata tumpuannya kini untuk memastikan belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentang pada 27 Nov. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim menolak pelantikan exco baharu kerana menunggu keputusan mahkamah berkait kesahihan pembatalan pelantikan 10 exco berkenaan.
“Buat masa ini, kita sudah membawa perkara itu ke mahkamah, jadi kita tunggu proses mahkamah.
"Mungkin ada perbincangan, tetapi saya tidak pasti. Kita lihat bagaimana keadaan seterusnya,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Seremban.
Pada 5 Okt, 10 exco tersebut terdiri wakil Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mahu mahkamah mengisytiharkan pembatalan pelantikan mereka terbatal, tidak sah, dan tidak berkuat kuasa.








