Tertuduh Zaleha Ismail dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan hari ini. (Facebook pic)PEKAN: Seorang jururawat sebuah klinik kesihatan ibu dan anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memalsukan 10 keping sijil cuti sakit antara Mac hingga April lalu.
Zaleha Ismail, 55, didakwa memalsukan 10 keping dokumen sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang antara 1 Mac hingga 27 April lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Sarah Aqilah Lokman memohon jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, mengambil kira keseriusan kesalahan, status tertuduh sebagai penjawat awam serta kepentingan awam.








