PETALING JAYA: MCA menuntut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memberi penjelasan berhubung pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat tanpa persetujuan parti komponen.

Naib Presiden MCA, Datuk Lawrence Low berkata, MCA telah menyatakan bantahan secara jelas terhadap pembahagian kerusi berkenaan, malah turut mengemukakan surat rasmi bagi menyampaikan pendiriannya.

Bagaimanapun, katanya, Ab. Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka tetap mengumumkan senarai calon secara sepihak, selain mendakwa pembahagian kerusi itu telah mendapat persetujuan semua pihak dan tidak perlu diubah.

“Jika MCA tidak pernah bersetuju, dari mana datangnya dakwaan bahawa semua pihak sudah mencapai kata sepakat? Siapa yang memberikan persetuju