KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan apabila Fakulti Pengajian Maritim (FPM) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi sebanyak 99.3 peratus, sekali gus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kebolehpasaran Graduan UMT (Piala Pusingan) menerusi Anugerah Kebolehpasaran Graduan 2025 (AGE’25).

Pencapaian tersebut mencerminkan keupayaan UMT melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri, khususnya sektor maritim yang memerlukan tenaga kerja berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam mendepani perkembangan ekonomi serta teknologi semasa.

Pengiktirafan tersebut disampaikan dalam majlis penutup Career, Entrepreneurship & Skills Festival 2026 (CESF’26) di Dewan Sultan Mizan, UMT, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Ahmad Rizal Adnan.