Aktivis kontroversi Tamim Dahri Abdul Razak dakwa pada Februari lalu bahawa dia dan tiga lain dilayan 'seperti binatang' dan diarah bogel di hadapan pegawai polis semasa dalam tahanan. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) belum menerima sebarang aduan daripada aktivis kontroversi, Tamim Dahri Abdul Razak, berhubung dakwaan dipaksa berbogel semasa dalam tahanan polis, awal tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sehingga 25 Sept, IPCC tidak menerima sebarang Tamim mengenai dakwaan layanan kasar dan arahan untuk berbogel di hadapan tahanan lain semasa berada dalam lokap.

"Namun, sekiranya terdapat aduan salah laku melibatkan mana-mana anggota pasukan polis, IPCC akan menguruskan aduan tersebut berdasarkan peruntukan Seksyen 25 Akta 839," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.