Kota Bharu: Polis menegaskan bahawa tangkapan membabitkan aktivis, baru-baru ini dilakukan berdasarkan laporan polis yang diterima termasuk berlaku kejadian samun membabitkan mangsa warga asing.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima beberapa laporan polis iaitu di Tanah Merah dan daerah ini.
"Kita bertindak berdasarkan laporan polis yang diterima. Jika tiada laporan, kita tidak akan menahan atau merekodkan keterangan mereka.
"Justeru, tangkapan dan proses keterangan selain melakukan kawad cam dan cap jari adalah prosedur biasa dan tidak perlu diperbesarkan.










