HEBRON: Lebih 2,600 rakyat Palestin dipindahkan susulan operasi ketenteraan besar-besaran Israel di bandar Hebron, Tebing Barat, yang memasuki hari keempat berturut-turut kelmarin.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, operasi itu turut menyaksikan serbuan, penutupan laluan dan serangan terhadap penduduk.

Tentera Israel menutup semua pintu masuk ke Hebron dan kampung-kampung sekitarnya sejak Jumaat susulan serangan tembakan yang me­ngorbankan dua anggota tenteranya.

Sumber tempatan membe­ritahu Anadolu, sekumpulan anggota tentera Israel bersama kenderaan tentera memasuki Hebron sekitar tengah malam menerusi pintu masuk Farsh al-Hawa, selain turut menyer­bu bahagian selatan bandar itu berhampiran Jabal Karbaj.