Kuala Pilah: Tukang cat berdepan tujuh pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan narkotik termasuk memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kecederaan kepada empat mangsa, minggu lalu.
Tertuduh, Yap Kian Wai, 39, yang sebelum ini tular memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan lima kenderaan mengaku bersalah bagi semua pertuduhan di hadapan Majistret Marlissa Mohd Fahmy selepas ia dibacakan terhadapnya.
Mengikut empat pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu Honda City didapati memandu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan menyebabkan kecederaan kepada empat individu.
Kejadian berlaku jam 7.40 pagi di Jalan Seremban - Kuala Pilah (selepas simpang Kedai Ain), di sini, 22 Oktober lalu.









