Kuala Lumpur: Dakwaan seorang pelayan restoran kononnya diculik dalam kejadian di Bangi Avenue, semalam, didapati tidak benar apabila siasatan polis mendapati lelaki itu menaiki kenderaan suspek secara sukarela sebelum disamun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an pada jam 5.16 pagi, semalam berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa pada awalnya mendakwa dipaksa masuk ke bahagian belakang Perodua Axia berwarna perak pada 12.40 tengah malam.

"Mangsa mendakwa matanya ditutup dan tangannya diikat. Dia turut mendakwa dipukul serta diugut oleh empat suspek lelaki yang mahu mendapatkan wang daripada kenalannya.