PETALING JAYA: Konflik Barisan Nasional (BN) berhubung pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membabitkan MCA dijangka selesai susulan perkembangan positif hasil perbincangan antara kepemimpinan parti itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan perkara itu menerusi hantaran di Facebook hari ini dengan meminta semua pihak supaya kekal tenang dan tidak bimbang mengenai perkembangan berkenaan.

“Jangan bimbang, semuanya berada dalam keadaan baik. Kita geng biru (BN),” katanya.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Zahid turut memuat naik gambar bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.