MADRID – Kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta api berkelajuan tinggi di selatan Madrid semalam mengorbankan 68 orang dan mencederakan ramai lagi, kata pihak berkuasa, dalam salah satu bencana terburuk di Eropah abad ini.

Kemalangan itu adalah yang kedua seumpama melanda Sepanyol pada 2026 dan menimbulkan persoalan baharu mengenai tahap keselamatan kereta apinya.

Pemimpin rantau Castilla-La Mancha, Emiliano Garcia-Page memberitahu wartawan di tempat kejadian bahawa 68 orang terkorban.

“Kami tidak tahu sama ada mayat lain mungkin ditemui apabila gerabak dialihkan,” katanya.