GEORGETOWN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha membudayakan tabungan pendidikan sejak awal kelahiran menerusi Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2026.Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diperkenalkan pada 2023 diteruskan sempena Hari Tabungan Sedunia bagi menggalakkan ibu bapa merancang masa depan pendidikan anak-anak lebih awal.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, sejak diperkenalkan, Program Junior Superhero Simpan SSPN dilaksanakan di beberapa hospital termasuk Hospital Pulau Pinang (HPP)."Pada hari ini, PTPTN menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada 50 bayi yang dilahirkan pada Oktober 2026 di Hospital Pulau Pinang (HPP). Setiap bayi akan menerima RM100 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime, selain hamper bernilai RM100."Kami mengharapkan sumbangan ini dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang baru mendapat kelahiran anak-anak mereka. Ia juga dapat menggalakkan budaya penabungan sejak awal kelahiran," katanya ketika hadir ke Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2026 di sini pada Selasa.Beliau berkata, selain inisiatif PTPTN, ibu bapa di Pulau Pinang juga boleh memanfaatkan Program Anak Emas menerusi kerjasama strategik PTPTN dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. "Program Anak Emas ini merupakan insentif Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kelahiran baharu di Pulau Pinang. Mulai 15 Januari 2024, insentif Program Anak Emas diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dan tunai yang mana RM100 disalurkan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dan RM100 lagi dikreditkan dalam akaun bank individu," katanya.Dalam perkembangan sama, Norliza berkata, sehingga 30 September 2026, sebanyak 12,923 akaun telah dibuka dan PTPTN menerima penambahan simpanan akaun Simpan SSPN dengan jumlah deposit sebanyak RM1.29 juta. "Dari tempoh Januari 2024 hingga 30 September 2026, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM26.07 bilion, melibatkan 7.74 juta akaun. Sehingga September, deposit akaun Simpan SSPN yang diterima bagi negeri Pulau Pinang berjumlah RM3.05 bilion, dengan lebih 400,000 akaun," katanya.Menurutnya, penganjuran tersebut mencerminkan komitmen PTPTN untuk mendekati masyarakat dan menyokong perancangan pendidikan anak sejak awal usia. Katanya, usaha itu juga selari dengan hasrat membentuk masyarakat yang lebih celik kewangan serta menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.Menurut beliau, Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga layak, kadar dividen kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah. "PTPTN sentiasa komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dan melaksanakan inisiatif yang menyokong perancangan kewangan pendidikan keluarga. "Ibu bapa
PTPTN semai budaya menabung sejak lahir

Key takeaways
PTPTN memperkenalkan program untuk membudayakan tabungan pendidikan sejak kelahiran anak-anak.
- Program Junior Superhero Simpan SSPN diperkenalkan pada 2023 untuk galakkan tabungan pendidikan.
- Bayi yang lahir di Hospital Pulau Pinang menerima RM100 dalam akaun Simpan SSPN Prime.
- Sebanyak 12,923 akaun Simpan SSPN telah dibuka hingga 30 September 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Semai nilai murni sejak kecil
- Utusan Malaysia Demi akademik, Sharmaine Alexander menabung sejak remaja
- Sinar Harian PTPTN semai budaya menabung sejak lahir (this story)









