JAKARTA: Dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang China bulan depan bukan sekadar medan Harimau Malaya memburu mata ranking FIFA, sebaliknya bakal menjadi pentas penting buat jurulatih interim Harimau Malaya Tan Cheng Hoe menilai calon pemain bagi membentuk skuad kebangsaan untuk masa depan.
Cheng Hoe berkata, beliau melihat peluang berdepan pasukan yang sudah layak ke Piala Asia sebagai persiapan cukup bernilai buat skuad negara, terutama dalam usaha mengenal pasti pemain yang mampu menjadi sandaran pada masa akan datang.
Menurut Cheng Hoe, keputusan mendapatkan dua aksi berkenaan di Guangzhou adalah satu langkah positif kerana China mampu memberikan ujian berkualiti berdasarkan kekuatan dan pengalaman mereka di pentas Asia.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
