KUALA LUMPUR – Ramai penganjur acara berlumba-lumba menganjurkan konsert, penyanyi Datuk Ziana Zain mengakui sebagai penghibur, dirinya kini lebih berhati-hati dan selektif sebelum bersetuju menjayakan sesebuah persembahan.

Bukan soal bayaran lumayan semata-mata, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, berkata, dia perlu menyelidik latar belakang penganjur terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, lebih-lebih lagi selepas pernah melalui pengalaman kurang menyenangkan sehingga serik untuk kembali mengadakan konsert.

“Kena selidik latar belakang penganjur terlebih dahulu. Perkara ini bukan soal duit semata-mata, tetapi reputasi. Itu sangat p