KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa jemu dengan masalah jerebut yang berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan.

Katanya, perkara tersebut, meskipun disuarakan berkali-kali oleh rakyat, tetap menjadi masalah yang berulang kali berlaku.

“Entahlah dah bertahun – tahun jerebu. Berhenti sahaja beli (produk sawit). Tak ada pun tindakan mereka.

“Tengoklah selepas demonstrasi ini jadi apa. Tahun depan jerebu balik,” katanya di Thread.