Saifuddin Abdullah persoal 'standard berbeza' Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dalam menangani dua aduan melibatkan Bersatu.PETALING JAYA: Setiausaha Agung Wawasan Saifuddin Abdullah mendakwa usaha melemahkan Perikatan Nasional (PN) masih berterusan termasuk melalui tindakan membatalkan pendaftarannya kerana gabungan itu semakin kuat.

Beliau berkata, PN kini mempunyai 62 Ahli Parlimen, menerajui Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, selain menjadi sebahagian kerajaan Negeri Sembilan.

“Rasanya mereka masih belum berhenti dan akan sentiasa cuba menggagalkan, termasuk dengan membatalkan pendaftaran PN, iaitu gabungan terbesar parti-parti politik berbilang kaum dan agama yang semakin mendapat sokongan rakyat,” katanya.