GEORGETOWN: Penghuni empat rumah berhampiran kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong sehingga mengorbankan satu nyawa Ahad lalu, masih belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

EXCO Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H'ng Mooi Lye, berkata tindakan di buat bagi keselamatan penghuni rumah berkenaan walaupun status keselamatan rumah terbabit akan diketahui selepas mesyuarat bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Isnin ini.

"Berhubung status keselamatan kediaman penduduk Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengeluarkan notis mengikut Seksyen 83, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 berkaitan bangunan tidak selamat diduduki melibatkan empat rumah, iaitu rumah bernombor 1, 3, 5 dan 7.