Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika bentang belanjawan negeri 2027 berjumlah RM1.074 bilion di DUN hari ini. (Gambar JohnShen Lee) GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang membentangkan belanjawan negeri bagi 2027, bernilai RM1.074 bilion, dengan unjuran defisit RM5.26 juta.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow (PH-Padang Kota) berkata, belanjawan tahun depan – kurang RM14 juta berbanding peruntukan RM1.088 bilion tahun ini – menyaksikan rekod defisit terendah iaitu RM5.26 juta, bersandarkan unjuran hasil negeri sebanyak RM1.069 bilion.

Ini menandakan tahun kedua berturut-turut Pulau Pinang mencatatkan rekod defisit belanjawan terendah, susulan unjuran defisit RM19.92 juta bagi 2026.

Chow berkata, Pulau Pinang mengutip hasil negeri sebanyak RM847.53 juta bagi tempoh Januari hingga 30 Okt, bersamaan 79.35% daripada sasaran hasil tahunannya.