WASHINGTON: Penggodam Korea Utara yang dipercayai terbabit kes kecurian sebanyak AS$6.3 bilion (RM25.5 bilion) dalam rompakan mata wang kripto Binance, dikenal pasti antara kumpulan paling aktif lagi mahir mencuri aset kripto di dunia.

Difahamkan, hasil kegiatan itu digunakan untuk membiayai program persenjataan negara terbabit dan mengelak sekatan kewangan global yang dikenakan.

Pakar keselamatan siber berkata, firma penyiasatan rantaian blok, TRM Labs dan Chainalysis, mengaitkan kecurian itu dengan kumpulan penggodam Korea Utara dikenali sebagai 'TraderTraitor'.

Kumpulan penggodam itu pernah disenaraikan dalam amaran bersama yang dikeluarkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (CISA) serta Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada 2022.