Rom: Bekas teman wanita pemain tenis Itali, Matteo Berrettini, Vanessa Bellini tampil menafikan dakwaan dia berlaku curang dengan rakan senegara yang juga pemain tenis, Lorenzo Musetti susulan spekulasi hubungan cinta tiga segi yang mencetuskan perhatian di Itali.

Penari berkenaan yang pernah menjalin hubungan selama hampir setahun dengan Berrettini, menegaskan dia tidak pernah mengkhianati pemain yang juga finalis Wimbledon 2021 itu seperti didakwa beberapa pihak di media sosial.

Vanessa memberikan respons secara langsung terhadap komen seorang pengguna Instagram yang menuduhnya mengkhianati Berrettini.

"Saya biarkan segala perkara mengarut yang diperkatakan dan ditulis mengenai saya berlalu begitu sahaja. Saya membaca banyak perkara, tetapi sudah belajar bahawa begitulah dunia ini.