Komitmen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bukan sekadar berkisar isu penjawat awam, malah turut melibatkan rakyat khususnya penduduk kampung dalam meningkatkan kualiti kehidupan, ekonomi dan pendidikan mereka.
Key takeaways
JPA melabur RM1.465 juta untuk pembangunan infrastruktur dan pendidikan di Kampung Kota Bharu serta SMK Malim Nawar, Perak. Langkah ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup, ekonomi dan pendidikan penduduk setempat.
- Peruntukan keseluruhan program ialah RM1.465 juta untuk infrastruktur dan pendidikan.
- Lapan projek fizikal dilaksanakan termasuk menaik taraf masjid dan klinik kesihatan.
- Program ini melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
GOPENG – Komitmen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bukan sekadar berkisar isu penjawat awam, malah turut melibatkan rakyat khususnya penduduk kampung dalam meningkatkan kualiti kehidupan, ekonomi dan pendidikan mereka.
Usaha itu diterjemahkan menerusi peruntukan RM1.465 juta bagi pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan pendidikan melalui Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI JPA 2026 di Kampung Kota Bharu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar, di sini.
Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, pelaksanaan program sejak April lalu membuktikan bahawa kerjasama strategik antara agensi kerajaan mampu menterjemahkan perancangan kepada hasil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.