KOTA KINABALU – Lebih 20,000 pengunjung memeriahkan Kenduri Rakyat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq bersama isteri tercinta juga penyanyi Bella Astilllah, hari ini. ‎ ‎Berlangsung di Padang Merdeka sehingga pukul 4 petang, pasangan pengantin yang popular dengan julukan BASS itu tiba sekitar 1.30 tengah hari. ‎ ‎Ketibaan mempelai yang mengenakan busana etnik Kadayan berwarna hitam dan merah itu disambut pengunjung dan peminat yang sudah lama menunggu seawal pukul 5 pagi lagi. ‎ ‎Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika berucap menyatakan Gunung Kinabalu dan laut Semporna menjadi saksi bermulanya kisah cintanya bersama Bella. ‎ ‎”Tempat tertinggi di Gunung Kinabalu sampai ke lautan yang luas di Semporna, ia mengunci kisah cinta kami. ‎ ‎”Anak Johor dan anak Sabah akhirnya disatukan di atas pelamin. ‎ ‎”Permulaanya bukan setakat di Merdeka 118 tetapi