Riyadh: Petinju veteran Mexico, Saul 'Canelo' Alvarez mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan wakil Perancis, Christian Mbilli untuk merampas semula gelaran kelas super middleweight Majlis Tinju Dunia (WBC) dalam pertarungan penuh emosi di Arab Saudi.
Alvarez menang menerusi keputusan juri selepas 12 pusingan di Riyadh, sekali gus menebus kekecewaan ketika tewas kepada petinju Amerika Syarikat, Terence Crawford pada September 2025.
Petinju berusia 36 tahun itu kembali ke gelanggang buat kali pertama sejak kekalahan berkenaan yang menamatkan penguasaannya sebagai pemegang empat gelaran utama dunia dalam divisyen itu.
Dia berdepan Mbilli, 31, yang dinaikkan sebagai pemegang gelaran pada Januari lalu, namun pertarungan yang bermula seimbang akhirnya memihak kepada Alvarez.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMPfromParlitoday-AhmadYunusHairi1_648809.png&w=480&output=webp&q=85&we)
