KUALA LUMPUR: Tidak mahu mengehadkan kemampuan diri dalam bidang komedi, Achey terus mengembangkan minatnya terhadap muzik menerusi pelancaran single terbaharu, Gadis Ayu, yang mengetengahkan melodi rancak dengan jalan cerita berteraskan percintaan.

Lagu ciptaan sepenuhnya Achey itu mengisahkan seorang lelaki yang sukar melupakan pertemuan pertama dengan wanita dalam situasi memalukan, namun, disampaikan menerusi pendekatan santai dan menghiburkan.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 40, berkata, idea menghasilkan lagu itu tercetus daripada imaginasinya sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan pengalaman peribadi,

"Lagu ini sebenarnya tidak ada kena-mengena secara langsung dengan kehidupan saya. Semuanya datang daripada imaginasi sendiri kerana saya mahu menghasilkan lagu rancak yang mempunyai jalan cerita.