SEPANG: Seorang kakitangan sementara yang disyaki terbabit dalam penjualan pas palsu Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 ditahan polis semalam, menurut Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
SIC dalam kenyataannya, memaklumkan penahanan itu susulan siasatan dalaman dengan kerjasama polis, manakala tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan, yang diambil bekerja sebagai kakitangan sementara khusus untuk acara itu, sedang berjalan.
"Bertentangan dengan khabar angin yang tersebar dalam talian, individu yang terlibat bukan dikenali sebagai Aqil.
"Suspek yang ditahan adalah kakitangan sementara yang diambil bekerja khusus untuk acara ini," menurut kenyataan itu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2Faf56078cd5b2e00fe6585b30763d4aa6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

