Melaka: Usaha mengaktifkan semula Stadium Mini Ayer Molek dan mewujudkan hab sukan komuniti menjadi antara agenda utama calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Beliau berkata, cadangan itu susulan permintaan golongan belia yang mahukan kemudahan sukan dan rekreasi lebih lengkap, selain ruang untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Katanya, kekurangan kemudahan sedemikian menyebabkan anak muda di kawasan itu terpaksa bergerak ke lokasi lain untuk menjalankan aktiviti sukan secara berkumpulan.
"Bila saya turun bertemu mereka sebenarnya menginginkan satu fasiliti hub sukan dan juga tempat untuk berkumpul sambil beriadah dalam jumlah yang ramai.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F1228624c5e6aed7c1e9f1aac9e5e3548.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
