KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah berusia 15 tahun maut, manakala dua lagi penunggang motosikal cedera dalam nahas membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer (KM) 301.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusoff, berkata dalam kejadian pada jam 2.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang remaja terbabit melanggar bahagian belakang kereta yang sedang bergerak.

"Akibat pelanggaran berkenaan, mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh dua buah motosikal lain yang datang dari arah belakang di lorong yang sama.